Telegram Memperkenalkan “Chat Folders” – Susun Perbualan Mengikut Kategori

Telegram Memperkenalkan “Chat Folders” – Susun Perbualan Mengikut Kategori

Diterbitkan pada Mac 31, 2020 oleh .

Telegram adalah aplikasi permesejan yang agak popular. Ia adalah antara aplikasi permesejan yang banyak fungsi dan ciri menarik. Kebanyakan fungsi menarik anda lihat di WhatsApp, sudah ada pada Telegram lebih awal lagi. Telegram juga sentiasa menyimpan sejarah perbualan di awan, tidak kira berapa kerap anda tukar peranti – segala perbualan anda masih kekal tersimpan.

Terkini, Telegram telah memperkenalkan “Chat Folders”. Ia membolehkan pengguna menyusun perbualan mengikut kategori tertentu. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19, banyak mesej akan diterima kerana kerja dari rumah. Untuk tidak ketinggalan, atau terlepas pandang akan sesuatu notikasi – susun mengikut folder seperti kerja, rakan, keluarga atau lain-lain. Tiada had berapa banyak perbualan bpleh anda simpan dalam satu folder. Malah, anda turut boleh simpan saluran-saluran Telegram dalam satu folder dan perbualan biasa dalam folder lain.

Fungsi arkib mesej-mesej turut diperbaharui. Pengguna boleh pilih secara pukal mesej-mesej yang kurang penting atau malas ingin membalas dan tekan arkib secara sekali gus. Ia akan tersimpan dalam arkib sehinggalah notifikasi keluar. Kemudian, rakaman video dan suara juga kini akan memaparkan aras suara audio yang sedang dirakam. Di sudut bawah kanan akan ada seakan animasi gelombang berubah-ubah mengikut aras suara pengguna.

Telegram turut memperkenalkan beberapa perubahan lain seperti, lebih banyak emoji beranimasi, papan pemuka statistik untuk saluran dan animasi menarik jika menghantar emoji dadu. Kebanyakan fungsi ini turut akan diselarikan terus ke Telegram Desktop, seperti Folder tadi. Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun hari ini melalui Google Play Store.

Muat Turun Telegram Dengan Fungsi Chat Folders Di Play Store



TIPS & ULASAN