Siri Galaxy S20 – Anda Kini Tidak Perlukan Aplikasi Khas Untuk Mencipta GIF Sendiri

Siri Galaxy S20 – Anda Kini Tidak Perlukan Aplikasi Khas Untuk Mencipta GIF Sendiri

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Penggunaan GIF semakin popular di sosial media. Ia selalunya digunakan sebagai medium untuk menyampaikan jenaka dan emosi. Kita sering melihatnya di aplikasi media sosial seperti di Twitter, Facebook Messenger dan juga WhatsApp. Dahulu kita hanya menggunakan GIF yang sedia ada pada sesuatu platform, atau perlu menggunakan aplikasi khas untuk mencipta GIF tersendiri. Namun zaman telah berubah kerana Samsung telah menawarkan fungsi ini pada siri Galaxy S20 mereka, iaitu fungsi Single Take.

Siri Galaxy S20 telahpun dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM3599. Antara rekaan yang mendapat perhatian orang ramai adalah kebolehan kamera telefon pintar ini dimana ia mampu untuk membuat rakaman zum sehingga 100x. Terdapat tiga model kesemuanya dibawah siri Galaxy S20 ini. Bagi model S20 yang asas, kemeranya dilengkapi dengan sensor kamera utama gabungan 12MP (utama) + 64MP (telefoto) + 12MP (ultra-lebar). Manakala bagi Galaxy S20+, ia dilengkapi dengan sensor 12MP(utama) + 64MP (telefoto)+12MP (ultra lebar) + 0.3MP (ToF). Kamera swafoto untuk kedua dua peranti ini dilengkapi dengan sensor 10MP.

Bagi Galaxy S20 Ultra pula, ia membawakan spesifikasi kamera yang lebih premium. Model ini dilengkapi dengan gabungan sensor 108MP + 12MP + 48MP+3D ToF. Manakala rakaman swafotonya dilengkapi dengan sensor 40MP. Selain rakaman gambar yang mengagumkan, pelbagai fungsi menarik yang boleh digunakan melalui kamera siri telefon pintar ini. Antaranya adalah fungsi Single Take yang membolehkan anda untuk mengautomasikan proses penghasilan klip pendek, video berulang (loop) dan GIF beranimasi.

This slideshow requires JavaScript.

Fungsi Single Take ini akan membuat rakaman video berdurasi 3 hingga 10 saat menggunakan kesemua lensa yang terdapat pada kamera utama anda. Apabila selesai rakaman, fungsi ini akan dibantu oleh teknologi AI untuk membahagikan rakaman video tersebut pada gambar statik dan juga beberapa klip video yang pendek. Dengan hanya satu rakaman daripada fungsi Singe Take, anda mampu untuk menghasilkan pelbagai jenis rakaman seperti GIF, pelekat, rakaman sudut lebar, gambar dengan efek hitam putih dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik adalah kesemua rakaman ini akan dikumpulkan kedalam satu kategori album, hasil daripada bantuan teknologi AI yang terbina pada telefon pintar ini.

Jika kita lihat dari perspektif lain, untuk menghasilkan gambar yang pelbagai memerlukan pengguna untuk mengambil rakaman berulang kali. Malah, anda juga perlu mengekalkan posisi gaya anda untuk mendapatkan sudut gambar yang cantik. Namun ia berbeza sekiranya anda menggunakan siri Galaxy S20 kerana dengan hanya satu klik rakaman melalui fungsi Single Take, anda mampu untuk memilih gambar pilihan anda yang cantik, samaada dalam bentuk boomerang, video berulang, gambar dengan efek hitam putih dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, fungsi Single Take ini juga mampu untuk menghasilkan rakaman yang cantik tanpa perlu risau jumlah pencahayaan di sesuatu lokasi samaada terlebih cerah ataupun gelap. Hal ini adalah kerana fungsi Bright Night pada kamera siri Galaxy S20 ini akan membantu dalam menghasilkan rakaman dengan pencahayaan yang cukup. Jadi, bagi anda yang berminat dengan telefon pintar siri Galaxy S20 ini, ia sudahpun mula dijual di pasaran Malaysia pada harga bermula RM3,599. Anda boleh dapatkannya melalui laman rasmi Samsung, pengedar-pengedar rasmi mereka, atau juga melalui syarikat telekomunikasi yang anda langgan.

Beli: Siri Galaxy S20 Melalui Laman Rasmi Samsung

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN