Cari @ Amanz

Selain beberapa syarikat yang telah diumumkan sebelum ini, hari ini TuneTalk turut telah mengumumkan mereka akan menawarkan 1GB data percuma setiap hari bermula 1 April 2020 ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat.

TuneTalk StayHome

TuneTalk mengatakan data percuma ini akan ditawarkan setiap hari untuk penggunaan bermula 8 pagi sehingga 6 petang.

Bagi pengguna TuneTalk, anda perlu melakukan pendaftaran sekali dengan menghantar SMS STAYHOME ke 2222. Sebaik sahaja diaktifkan, anda akan menerima 1GB data percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd