Cari @ Amanz

Huawei P40 Pro Menerajui Skor Tertinggi Untuk Kamera Di DXOMark – Mencatatkan Skor 128

Oleh Aman

Link Copied!

DXOMark sering hadir dengan skor untuk rakaman kamera belakang, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk memilih sesuatu telefon pintar berdasarkan kepada keupayaan kamera. Terbaru, mereka telah pun mengeluarkan skor untuk telefon pintar terbaru Huawei, iaitu Huawei P40 Pro.

Huawei P40 Pro DXO

Huawei P40 Pro mencatatkan skor sebanyak 128 di DXO Mark, sekaligus menduduki tangga teratas diantara semua telefon pintar di pasaran pada hari ini.

Huawei P40 Pro hadir dengan kamera utama 50-megapixel yang turut dilengkapkan dengan sensor 40MP (ultra-lebar) + 12MP telefoto + sensor suhu pencahayaan dan juga sensor ToF.

Huawei P40 Pro

Menurut DXO, Huawei P40 Pro menawarkan rakaman yang sangat baik dan jitu pada jarak medium dan jauh, autofokus yang konsisten untuk rakaman gambar, dan kesan bokeh yang cantik. Namun, terdapat kadang-kala pewarnaan yang kurang tepat, selain detail yang kurang ketika rakaman gambar pada waktu malam.

Untuk rakaman video pula, ia dikatakan menawarkan penstabilan yang efektif, autofokus pantas, dan kesan rakaman yang baik dalam dan luar bangunan. Namun, kadang-kala berlaku kesan cahaya putih yang tidak dikehendaki, selain kesan hingar pada rakaman cahaya malap.

Buat masa ini, Huawei Malaysia masih belum mengumumkan bilakah Huawei P40 Pro akan dilancarkan di Malaysia. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar dengan keupayaan kamera berkuasa ini tidak lama lagi.


Komen ()