Carian
Samsung Akan Menghentikan Pengeluaran LCD Menjelang Penghujung 2020
March 31, 2020 Aman

Samsung mempunyai bahagian yang memfokuskan kepada pengeluaran panel paparan, dinamakan Samsung Display. Terbaru, mengikut laporan Reuters, Samsung Display bakal menghentikan pengeluaran panel LCD menjelang penghujung tahun 2020 ini.

Samsung Display akan terus memenuhi pelbagai tempahan panel LCD yang telah dilakukan, dan akan menghentikan pengeluaran selepas penghujung tahun 2020 ini.

Samsung dijangka akan mengubah pelbagai fasiliti pengeluaran LCD ini kepada pengeluaran panel dan skrin “Quantum Dot” yang dijangka akan mempunyai permintaan tinggi selepas ini.

Pada hari ini sendiri, peranti menggunakan panel LCD sendiri semakin berkurangan dari hari ke hari, dan langkah penghentian pengeluaran ini mungkin selari dengan permintaan yang semakin berkurangan dikalangan pengeluar peranti.

Komen