Cari @ Amanz

Grab Mengumumkan Waktu Operasi Baru Untuk GrabCar, GrabExpress Dan GrabFood

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan memasuki fasa kedua bermula 1 April 2020, kini beberapa pihak telah mengumumkan waktu operasi baru untuk perkhidmatan mereka. Tidak ketinggalan adalah Grab, dimana kini mereka mengumumkan waktu operasi baru untuk GrabCar, GrabExpress dan juga GrabFood.

Grab

Menurut Grab, bermula esok, 1 April 2020, perkhidmatan seru-pandu kereta mereka, iaitu GrabCar akan dihadkan operasi antara 6 pagi sehingga 10 malam, dan pesanan terakhir boleh dilakukan pengguna pada pukul 9.30 malam. Pada masa yang sama, hanya satu penumpang yang dibenarkan dalam setiap kenderaan untuk destinasi.

Disamping itu, untuk GrabExpress – yang memfokuskan kepada penghantaran barangan melalui motosikal, perkhidmatan ditawarkan antara pukul 8 pagi ke 8 malam, dan pesanan terakhir adalah pada pukul 7.30 malam.

Untuk perkhidmatan GrabFood dan GrabMart pula, waktu perkhidmatan adalah berbeza mengikut bandar – sebagai contoh, sekiranya bandar berkenaan mempunyai perintah untuk menutup operasi restoran menjelang pukul 8 malam, maka GrabFood akan tamat pada waktu berkenaan juga.

Waktu operasi baru untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini dibawah Grab adalah bermula daripada 1 April 2020 ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat – atau mempunyai arahan baru daripada kerajaan.


Komen ()