Cari @ Amanz

Hari ini, melalui sebuah ciapan di Twitter, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mengatakan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menguji penggunaan dron untuk tujuan pembasmian kuman di Kuala Lumpur.

Pada ciapan tersebut juga, beliau mengatakan penggunaan dron ini boleh digunakan untuk memudahkan pembasmian kuman di jalan-jalan raya, tempat awam dan bangunan-bangunan tinggi.

Satu lagi kemungkinan ialah dengan penggunaan dron-dron ini, tugas pembasmian kuman tidak memerlukan begitu ramai orang, dan akan mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa pihak Angkatan Tentera Malaysia menggunakan khidmat dron untuk memantau kawasan-kawasan di sekitar bandar untuk memastikan rakyat hanya keluar untuk membeli barang-barang keperluan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd