Cari @ Amanz

Huawei Malaysia kini telah mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mercu untuk tahun ini, iaitu siri Huawei P40 secara rasminya esok, 2 April 2020. Siri ini akan dilancarkan melalui acara atas-talian.

Huawei P40

Siri Huawei P40 menawarkan tiga peranti dibawahnya, iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro Plus. Ia hadir dengan spesifikasi tinggi, dijana cip Kirin 990 dengan sokongan rangkaian 5G, menggunakan rekaan skrin yang melengkung di kesemua sisi. Huawei turut menekankan kepada keupayaan kamera yang disertakan pada siri telefon pintar Huawei P40 ini.

Kita akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan promosi yang disediakan untuk pasaran tempatan secara rasminya esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd