Sony WF-XB700 Dan WH-CH710N Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Sony WF-XB700 Dan WH-CH710N Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Diterbitkan pada Apr 1, 2020 oleh .

Pada tahun 2020, sistem pembatalan hingar pada aksesori audio mula dilihat sebagai fungsi penting sama seperti kemampuan kalis air pada telefon pintar. Sony ialah antara pelopor teknologi ini pada fon kepala dan fon telinga keluaran mereka. Terkini mereka melancarkan WF-XB700 Dan WH-CH710N yang hadir dengan pembatalan hingar aktif bekecerdasan buatan,

Sony WF-XB700 ialah fon telinga nirwayar dari jenis earbud bersaiz lebih kecil berbanding WF-1000XM3. Dengan bateri yang digunakan, WF-XB700 mampu beroperasi sehingga 9 jam dan boleh ditambah sehingga 9 jam lagi menerusi pengecasan di dalam pod simpanan yang disertakan. Dengan kemampuan kalis air IPX4, fon telinga ini sesuai digunakan untuk aktiviti bersukan,

Sony WH-CH710N pula ialah fon kepala dengan sistem Artificial Intelligence Noise Cancellation (AINC) yang menurut Sony sentiasa menganalisa bunyi luaran dan mengubah tahap pembatalan hingar mengikut situasi. Sebuah mikrofon pada bahagian luar dan dalam cawan telinga digunakan untuk pembatalan hingar yang tepat.

Dengan sekali caj, fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 35 jam. Pengecasan pantas yang disokong pula memberikan waktu operasi sehingga 1 jam dengan pengecasan selama 10 minit. Tambatan boleh dilakukan menggunakan Bluetooth dan bagi memudahkan lagi proses turut menyokong sentuhan NFC.

Di Amerika Syarikat Sony WF-XB700 dijual pada harga $130 sebuah dalam warna hitam dan biru. Sementara itu fon kepala Sony Sony WH-CH710N pula ditawarkan pada harga $200 sebuah dalam warna biru, putih dan hitam.



Paling Popular