Carian
Vivo S6 5G Dilancarkan Dengan Cip Exynos 980 Dan Kuad Kamera
April 1, 2020 Effi Saharudin

Vivo S6 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi dan merupakan peranti ketiga dipasarkan menggunakan cip Exynos 980. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.44″ AMOLED FHD+, memori sebesar 8GB RAM. storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Kuad-kamera utama menggunakan sensor 48-Megapixel sudut lebar, 8-Megapixel sudut ultra lebar, 2-Megapixel makro dan 2-Megapixel kedalaman. Pada bahagian hadapan pula ialah kamera swafoto sebesar 32-Megapixel yang diletakkan di dalam takuk bersaiz kecil.

Terdapat sebuah pengimbas cap jari bawah skrin dan juga bicu audio 3.5mm yang diletakkan pada bahagian atas. Peranti turut mempunyai kemampuan memainkan audio beresolusi tinggi

 

Di China Vivo S6 5G dijual pada harga RMB 2698 (~RM 1655) untuk versi 6/128GB dan RMB  2998 (~RM 1840) untuk versi 8/256GB dalam pilihan warna hitam, putih dan biru.

Komen