Cari @ Amanz

TIME merupakan salah satu penyedia perkhidmatan jalur lebar yang popular di Malaysia. Kini, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak TIME telah mengumumkan beberapa promosi khusus untuk pelanggan mereka.

Yang pertama adalah penawaran minit panggilan percuma kepada semua pelanggan TIME Fibre Home Broadband sebanyak 500 minit. Dengan penawaran ini, ia akan membolehkan pengguna kekal berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan mudah. Panggilan percuma ini boleh digunakan untuk talian tetap dan juga talian mudah-alih di Malaysia.

TIME menawarkan minit panggilan percuma ini antara 1 April hingga 30 April 2020 kelak.

Selain daripada itu, TIME turut menawarkan kemudahan untuk pelanggan menaik-taraf rangkaian jalur-lebar mereka ke pakej lebih tinggi, dan menerima diskaun bulanan sebanyak RM10 untuk tempoh 24 bulan akan datang. Untuk promosi naik-taraf ini pula, ia terhad sehingga 14 April 2020 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd