Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan akan melanjutkan penawaran pas percuma untuk hotspot bagi pelanggan Unifi Mobile sehingga 14 Mac 2020 kelak. Walaubagaimanapun, ramai yang mula mengadu hari ini apabila akaun mereka hanya memperlihatkan data sebanyak 10GB sahaja untuk pas berkenaan.

Unifi 10GB

Bercakap mengenainya, kini pihak TM telah menerbitkan FAQ (PDF), mengatakan pas percuma ini akan diperlihatkan pada akaun pengguna menjelang 3 April 2020.

Seperti ramai sedia maklum, TM menawarkan pas percuma 999GB LTE ini untuk kegunaan hotspot – sekaligus membolehkan anda berkongsi data bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Pas ini ditawarkan untuk pengguna pelan Unifi Mobile 99, webe RM79, Unifi Mobile Pek Jasa, Unifi Mobile Biz 99 dan Unifi Mobile Biz 79.

Menariknya, pihak Telekom Malaysia juga turut mengatakan yang mana pengguna boleh menggunakan pas ini sehingga 30 April 2020 kelak. Namun, bagi pelanggan baru selepas 14 April 2020, anda tidak akan menerima pas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd