Casio GMW-B5000CS Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan Model 3D Berpoligon Rendah

Casio GMW-B5000CS Dilancarkan Dengan Rekaan Seakan Model 3D Berpoligon Rendah

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Casio G-Shock telah dipasarkan hampir 40 tahun yang lalu dan sehingga kini rekaan asalnya masih malar hijau di kalangan peminat jam tangan tahan lasak. Maka setiap tahun model baharu dilancarkan dengan perbezaan hanya dilakukan pada warna dan kemasan. Minggu ini G-Shock GMW-B5000CS telah dilancarkan dan ia kelihatan seperti model 3D berpoligon rendah.

Jam tangan GMW-B5000CS mengitar semula rekaan DW-5000C dari tahun 1983 tetapi dengan garisan grid yang diukir menggunakan laser. Kemasan berwarna hitam dengan garisan berwarna putih mengingatkan kami kepada model 3D yang pernah kami hasilkan di dalam aplikasi 3D MAX semasa di kolej suatu ketika dahulu.

Walaupun ia sebuah jam tangan analog, ia masih boleh ditambat kepada telefon pintar tetapi hanya untuk penetapan waktu yang tepat secara automatik. Skrin LED yang digunakan mempunyai sokongan lampu. GMW-B5000CS mempunyai kemampuan bateri sehingga 10 tahun, kemampuan kalis air sehingga 10 bar dan tahan hentakan dari ketinggian 10 meter. Ia akan mula dijual Mei ini di Jepun pada harga 96,800 Yen (~RM3950).



TIPS & ULASAN