Kapal Terbang Terbesar Dunia Kini Menjadi Platform Ujian Pesawat Hipersonik

Kapal Terbang Terbesar Dunia Kini Menjadi Platform Ujian Pesawat Hipersonik

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Takhta pesawat paling besar pernah dihasilkan kini dipegang oleh Startolaunch. Dengan sayap sepanjang 117 meter, Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ia unik kerana mempunyai dua tubuh degan ruang kosong pada bahagian tengah yang digunakan untuk membawa kargo roket untuk melancarkan kargo ke angkasa lepas.

Staratolaunch kini mengumumkan pesawat terbesar dunia mereka kini akan digunakan sebagai platform pelancaran pesawat ujian hipersonik. Pesawat kecil Talon-A sepanjang 8.5 meter dan selebar 3.4 meter ini mampu melakukan penerbangan pada kelajuan mencecah Mach 6. Ia kemudian boleh mendarat dengan sendiri.

Data yang dikumpul dari ujian hipersonik Talon-A boleh digunakan untuk pembangunan senjata dan sistem pertahanan hipersonik. Amerika Syarikat dan Rusia adalah dua negara yang sedang membangunkan senjata hipersonik yang tidak boleh ditangkis oleh sistem anti peluru berpandu semasa.



TIPS & ULASAN