Beg Tangan Mikro Untuk Apple AirPods Mula Dijual

Beg Tangan Mikro Untuk Apple AirPods Mula Dijual

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Apabila AirPods dilancarkan tiga tahun yang lalu, industri kecil yang menghasilkan aksesori untuk fon telinga ini mula tumbuh seperti cendawan. Antara yang dihasilkan ialah tali yang menyabungkan sepasang AirPods dan kerangka tahan lasak. Kini sebuah lagi aksesori untuk AirPods dihasilkan dan ia adalah sebuah beg tangan mikro

AirBag hanya mampu mengisi sebuah AirPod atau AirPod Pro. Ia diperbuat daripada kulit dengan tali yang memudahkan ia disandang pada bahu seperti sebuah beg tangan bersaiz normal. Mungkin ada yang merasakan ini ialah aksesori yang sia-sia tetapi tidak seperti lelaki, pakaian wanita kadang kala tidak mempunyai poket yang besar. Hanya 683 AirBag akan dihasilkan dengan setiap satu dijual pada harga $50 (~RM218).



TIPS & ULASAN