MSI hari ini memperkenalkan beberapa model komputer riba baru yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi kesepuluh dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super yang baru sahaja diumumkan.
Diantara model-model yang diperlihatkan oleh mereka termasuklah MSI GS66 Stealth, MSI GE66 Raider dan juga MSI Creator 17. Dua daripada komputer riba ini boleh diklasifikasikan sebagai komputer riba gaming, manakala satu lagi ialah komputer riba produktiviti, tetapi apa yang pasti ialah kesemua komputer-komputer riba ini hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa.
MSI GE66 Stealth
Bermula dengan MSI GE66 Stealth, komputer riba gaming ini mengekalkan rekaan serba nipis berwarna hitam yang kini diberi nama Core Black dimana ia kelihatan seperti komputer riba gaming serba minimalis yang tidak begitu menjolok mata.
Sama seperti model-model komputer riba siri GS sebelum ini, ia turut hadir dengan rekaan dalaman yang cukup berkuasa sekali. Bermula dengan paparan skrin, MSI GS66 ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 300Hz dengan bingkai yang sangat nipis.
Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i9-10750HK ataupun Intel Core i9-10980HK dengan lapan teras yang boleh dilewahjam sehingga 5.3GHz, pilihan konfigurasi memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD NVMe PCIe 3.0 sehingga 2TB.
Dari segi pilihan kad grafik pula, MSI GS66 ini dilengkapi dengan pilihan NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA GeForce RTX 2070 Super Max-Q, ataupun NVIDIA GeForce RTX 2080 Super Max-Q supaya ia boleh dimuatkan didalam rangka yang setinggi 19.8mm sahaja.
Menyejukkan komponen-komponen komputer riba ini ialah sistem penyejukan Cooler Boost Trinity+ yang menggunakan tiga buah kipas dengan bilah-bilah yang senipis 0.1mm untuk mengalirkan haba dengan lebih cekap dan pantas.
MSI GE66 Raider
MSI GE66 Raider pula ialah komputer riba berkuasa yang meminjam sebahagian daripada rekaannya daripada siri komputer riba gaming paling mutlak mereka, iaitu MSI GT Titan.
Sama seperti MSI GS66, MSI GE66 Raider akan tiba dengan pilihan konfigurasi CPU, memori dan storan yang sama. Ia juga akan hadir dengan paparan skrin IPS 15.6 inci yang sama, lengkap dengan sokongan untuk kadar segar semula 300Hz.
Dari segi pilihan kad grafik pula, MSI GE66 Raider ini turut hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super sama yang baru sahaja diperkenalkan.
Seperti yang diperkatakan tadi, satu perbezaan ketara yang membezakan kedua-dua model komputer riba ini ialah rekaan rangka, dimana MSI GE66 adalah lebih besar dan boleh memuatkan ciri-ciri lain didalamnya, seperti dua buah kipas besar dengan bilah kipas yang mempunyai ketebalan 0.25mm dan juga sistem pencahayaan RGB Mystic Lights untuk mereka yang gemar bermain-main dengan sistem tersebut.
MSI Creator 17
MSI Creator 17 ialah komputer riba produktiviti keluaran MSI yang hadir dengan spesifikasi-spesifikasi berkuasa khusus untuk mereka yang bekerja didalam industri kreatif.
Berbeza dengan dua model sebelum ini, ia dilengkapi dengan skrin 17 inci yang menggunakan paparan Mini LED yang mempunyai resolusi 4K, julat kecerahan setinggi 1000nit, dan menyokong teknologi paparan HDR1000 yang cukup berguna sekali jika anda bekerja dengan kandungan video HDR.
MSI Creator 17 ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-108750H, memori DDR4 dan juga pilihan untuk memuatkan dua storan SSD NVMe PCIe 3.0 kedalamnya.
MSI Creator 17 ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super untuk prestasi pengolahan mutlak. Dengan konfigurasi berkuasa ini, anda boleh mengolah video atau grafik beresolusi tinggi, dan masih menggunakan komputer riba anda untuk tugasan-tugasan yang lain.
Model | GS66 Stealth 10SG-072MY | GS66 Stealth 10SF-075MY | GS66 Stealth 10SE-076MY |
CPU | 10th Gen. Intel® Core™ i9-10980HK+HM470 | 10th Gen. Intel® Core™ i9-10980HK+HM470 | 10th Gen. Intel® Core™ i9-10750HK+HM470 |
Kad Grafik | NVIDIA® GeForce® RTX 2080 SUPER™ with Max-Q design 8GB GDDR6 |
NVIDIA® GeForce® RTX 2070 SUPER™ with Max-Q design 8GB GDDR6 |
NVIDIA® GeForce® RTX 2060 6GB GDDR6 |
Sistem Operasi | Windows 10 Home | Windows 10 Home | Windows 10 Home |
Paparan | 15.6″ Full HD (1920×1080), 300 Hz Refresh Rate, Thin Bezel, close to 100%sRGB | 15.6″ Full HD (1920×1080), 300 Hz Refresh Rate, Thin Bezel, close to 100%sRGB | 15.6″ Full HD (1920×1080), 240 Hz Refresh Rate, Thin Bezel, close to 100%sRGB |
Storan | 2TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD | 1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD | 1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD |
Memori | DDR IV 16GB*2 (2666MHz) | DDR IV 8GB*2 (2666MHz) | DDR IV 8GB*2 (2666MHz) |
Papan Kekunci | Per-Key RGB gaming keyboard by SteelSeries | Per-Key RGB gaming keyboard by SteelSeries | Per-Key RGB gaming keyboard by SteelSeries |
Dimensi | 358.3(W) x 248(D) x 19.8(H)mm | 358.3(W) x 248(D) x 19.8(H)mm | 358.3(W) x 248(D) x 19.8(H)mm |
Harga | RM16,999 | RM13,999 | RM8,399 |
Buat masa ini, MSI telah memperlihatkan tanda harga untuk model-model MSI GS66 Stealth dimana spesifikasi paling berkuasa siri model pertama mempunyai tanda harga RM16,999. Buat masa ini, tanda harga untuk MSI GE66 Raider dan MSI Creator 17 tidak diketahui lagi.