Cari @ Amanz

Huawei dan Samsung sentiasa bersaing untuk menjadi pengeluar peranti terbesar di dunia. Huawei sebelum ini tidak menggunakan skrin keluaran Samsung tetapi sebaliknya menggunakan skrin keluaran LG dan BOE. Tetapi menurut laporan The Elec, pada P40 Pro dan P40 Pro+ Huawei akhirnya mengalah,

Huawei P40 Pro+ menggunakan skrin yang dibuat secara eksklusif oleh Samsung Display. Pada Huawei P40 Pro pula skrin dari BOE, LG dan Samsung Display digunakan. Pada P40 biasa pula skrin BOE digunakan secara eksklusif.

Skrin P40 Pro+ adalah yang paling unik kerana mempunyai kuad-lengkung sisi yang memberikannya rekaan seakan tanpa bezel sekilas pandang. Walaupun menggunakan skrin Samsung Display, P40 Pro+ tidak menyokong papadaran HDR 10+ yang disokong pada S20, Note 10 dan Oppo Find X2 Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd