Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan tablet mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MatePad Pro. Ia hadir dengan spesifikasi tinggi, dan dilihat lebih memfokuskan kepada produktiviti.

Huawei MatePad Pro

Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin 10.8-inci pada resolusi 2560×1600 pixel, dijana cip Kirin 990, menawarkan memori 8GB RAM, dan storan 256GB.

Ia turut dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, empat speaker, lima mikrofon untuk panggilan lebih jelas, pengoptimasian audio oleh Harman/Kardon, dan dilengkapi EMUI 10 berasaskan Android 10. Huawei turut menyertakan bateri 7250mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula 3 April ini sehingga 10 April kelak. Tablet ini ditawarkan pada harga RM2399, dan pra-tempahan akan turut menerima hadiah percuma seperti M-Pencil untuk input, Smart Magnetic Keyboard, dan juga storan 50GB di Huawei Cloud Storage.

Huawei MatePad Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd