Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan telefon mercu dan tablet terbaru Huawei, pihak Huawei turut telah melancarkan sebuah perkhidmatan baru untuk pengguna tempatan, iaitu Huawei Video. Melaluinya, ia menawarkan akses kepada kandungan video daripada sejumlah saluran dengan mudah terus pada peranti Huawei.

Huawei Video

Huawei Video menghimpunkan akses kepada sejumlah perkhidmatan lain, dan memudahkan anda mengakses melalui satu aplikasi dengan mudah.

Buat masa ini, pihak Huawei telah menambah akses percuma ke TVB, akses ke perkhidmatan seperti KiniTV, DailyMotion, Dimsum, BBC News dan sebagainya. Kandungan disusun dengan kemas, dan pengguna boleh strim terus melalui aplikasi berkenaan.

Huawei Video

Perkhidmatan Huawei Video ditawarkan secara percuma selama tiga bulan untuk pengguna peranti Huawei P40 yang baru, sementara pengguna Huawei di Malaysia boleh mengakses perkhidmatan ini secara percuma selama sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd