Acer Predator Triton 500 Dan Nitro 5 Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Kesepuluh Dan NVIDIA GeForce RTX Super

Acer Predator Triton 500 Dan Nitro 5 Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Kesepuluh Dan NVIDIA GeForce RTX Super

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Acer kini mengemaskini barisan komputer riba gaming keluarannya dengan kemunculan dua lagi model terbaru Predator Triton 500 dan juga Nitro 5. Tampil serba menarik dengan penawaran lebih terkini, kedua – dua komputer riba ini didatangkan dengan sokongan pemproses Intel Core generasi ke-10 yang terkini.

Acer Predator Triton 500 dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 300 Hz, dijana pemproses terkini Intel Core generasi ke-10, GPU NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER dengan rekaan Max-Q. Bagi memaksimakan pengalaman permainan video, skrin yang digunakan turut menyokong NVIDIA GSYNC.

Komputer riba untuk permainan video ini turut dilengkapi memori  sehingga 32GB DDR4 RAM dan storan sehingga 2TB SSD NVMe. Selain itu, ia juga dilengkapi sokongan Wi-Fi 6  dan ethernet E3100G. Menerusi sistem penyejukan Vortex Flow yang dioptimumkan lagi oleh teknologi CoolBoost, prestasi aliran haba sehingga 33% lebih baik dapat dicapai. Kesemua ini dimuatkan ke dalam sebuah komputer riba yang hanya seberat 2.1 kilogram.

Sementara itu Acer Nitro 5 pula dilengkapi skrin 15.6-inci IPS FHD dengan kadar segar semula 144Hz, dijana pemproses Intel Core i7 generasi ke-10 yang dipadankan dengan kad NVIDIA GeForce RTX 2060 atau GeForce GTX 1650i/1650.

Saiz memori pula ialah sehingga 32GB DDR4 RAM dan storan SSD M.2 PCIe dan storan HDD 1TB. Seperti Predator Triton 500, Nitro 5 juga menyokong Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan Internet yang pantas.

Acer Predator 500 ditawarkan pada harga bermula $2200 (~RM9586) manakala Acer Nitro 5 pula akan dijual pada harga bermula $750 (~RM3272) bermula Mei 2020.



TIPS & ULASAN