Cari @ Amanz

Serentak dengan pengumuman NVIDIA hari ini, pengeluar turut memperlihatkan beberapa model kemas kini komputer riba untuk permainan video. Lenovo Legion 7i dan Legion 5i kedua-duanya dilengkapi cip sehingga Intel Core H generasi kesepuluh.

Legion 7i ialah model paling berkuasa dengan NVIDIA GeForce RTX SUPER dengan rekaan Max-Q manakala Legion 5i pula dilengkapi NVIDIA GeForce RTX 2060. Yang membezakan kedua-dua model Legion dengan komputer riba lain yang dilancarkan hari ini ialah penggunaan teknologi NVIDIA Advanced Optimus. Menerusinya komputer akan lebih bijak mengawal penggunaan bateri. Ia akan memilih bilakah kad grafik diaktifkan dan dimatikan mengikut keperluan pengguna.

The Lenovo Legion 5i dengan RTX 2060 ditawarkan pada harga bermula US$999 (~RM4353) manakala Lenovo Legion 7i dengan RTX 2070 GPU pula ditawarkan pada harga $1199 (~RM5224).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd