Facebook Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Messenger Di Desktop – Dengan Sokongan Panggilan Berkumpulan

Facebook Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Messenger Di Desktop – Dengan Sokongan Panggilan Berkumpulan

Diterbitkan pada Apr 2, 2020 oleh .

Facebook hari ini telah melancarkan aplikasi Messenger yang serba baru untuk pengguna desktop di Windows dan MacOS. Melalui kemaskini baru ini, ia memfokuskan kepada sejumlah ciri baru, termasuk sokongan panggilan berkumpulan.

Facebook Messenger Baru

Seperti ramai sedia maklum, pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, ramai membuat panggilan video. Melalui aplikasi baru Messenger ini, ia menawarkan sokongan panggilan video berkumpulan dengan mudah.

Pada masa yang sama, kini ia lebih mudah untuk mengikuti pelbagai notifikasi, selain membolehkan anda sync perbualan dan komunikasi antara peranti mudah-alih dan desktop.

Bagi anda yang aktif menggunakan Messenger, boleh memuat-turun aplikasi baru ini di Windows Store dan Mac App Store hari ini.



TIPS & ULASAN