Carian
Intel Hadir Dengan Cip Generasi Ke-10 Dibawah Siri-H Dengan Kelajuan Mencapai 5.3GHz
April 3, 2020 Aman

Sejumlah komputer riba baru telah diperkenalkan pada hari ini, dan menjananya adalah cip pemprosesan terbaru daripada Intel. Menariknya, cip pemprosesan terbaru ini menawarkan kelajuan melangkaui had 5Ghz.

Intel hari ini telah memperkenalkan cip Intel generasi ke-10 dibawah siri-H. Seperti ramai sedia maklum, siri-H ditujukan untuk komputer dengan prestasi tinggi – terutamanya untuk permainan dan tugasan berat.

Intel 10th

Seperti biasa, ia hadir dengan penawaran i5, i7, dan juga i9 dengan binaan berasaskan 14nm. Cip paling berkuasa dibawah siri ini adalah Intel Core i9-10980HK yang hadir dengan kelajuan pemprosesan sehingga 5.3Ghz Turbo, penawaran lapan teras, 16 bebenang, dan 16MP Intel Smart Cache.

Selain daripda itu, satu lagi variasi yang turut menawarkan pemprosesan melangkaui 5Ghz adalah Intel Core i7-10750H yang menawarkan kelajuan pemporsesan mencapai 5.0Ghz Turbo.

Antara rakan kerjasama Intel yang akan menggunakan cip ini pada komputer riba mereka adalah Asus, Gigabyte, MSI dan sebagainya. Seperti dinyatakan pada awal, penawaran cip pemprosesan ini adalah lebih kepada pemprosesan, maka penggunaan bateri adalah agak tinggi berbanding cip Intel yang lain.

Komen