Razer Blade 15 Dikemaskini Dengan Cip Intel Lapan Teras Dan RTX 200 SUPER

Razer Blade 15 Dikemaskini Dengan Cip Intel Lapan Teras Dan RTX 200 SUPER

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Razer Blade 15 mungkin antara komputer riba gaming dengan rekaan paling kemas di pasaran sehingga boleh dijadikan komputer untuk melakukan kerja. Tetapi dalam diam ia mempunyai kemampuan memproses yang menakjubkan. Dua model Razer Blade 15 telah dikemaskini semalam dengan cip Intel Core-H sehingga lapan teras dan grafik NVIDIA RTX SUPER.

Razer Blade 15 model Advanced hadir dengan skrin sesentuh 15.6″ IPS LCD 300Hz atau 4K OLED, dijana cip sehingga Intel Core-i7 lapan teras generasi kesepuluh, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER Max-Q, memori sehingga 16GB DDR4 dan storan sehingga 1TB SSD.

Razer Blade 15 model asas pula hadir dengan skrin 15.6″ IPS LCD 144Hz atau 4K OLED, dijana cip sehingga Intel Core-i7 enam teras, generasi kesepuluh grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2070, memori sehingga 16GB DDR4 dan storan sehingga 512GB SSD.

Razer Blade 15 baharu akan dijual pada harga bermula dari $1,599.99 (~RM6983) pada Mac ini.



TIPS & ULASAN