Apple Mempatenkan Sistem Orientasi Skrin Yang Berubah Mengikut Imbasan Face ID

Apple Mempatenkan Sistem Orientasi Skrin Yang Berubah Mengikut Imbasan Face ID

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Antara masalah dunia pertama ialah skrin peranti yang berputar ke posisi mendatar apabila pengguna baring sedangkan mereka tidak ingin ini berlaku. Antara penyelesaian mudah yang dilakukan ialah mengunci orientasi skrin sepanjang masa. Di Apple mereka telah memikirkan penyelesaiannya dengan menggunakan Face ID.

Paten yang mereka failkan pada tahun 2018 tetapi telah diterbitkan oleh pejabat paten Amerika Syarikat minggu ini. Menerusi paten ini, peranti akan mengimbas wajah pengguna dengan sistem Face ID sebelum mengubah orientasi skrin. Sekiranya wajah dikesan masih lagi pada posisi menegak, skrin tidak akan berputar apabila mereka baring.

Walaupun paten telah difailkan, ini tidak bermakna sistem ini akan digunakan pada peranti mereka dalam masa terdekat. Namun begitu ini ialah sistem yang sepatutnya telah wujud kerana menyelesaikan masalah remeh yang telah lama menyukarkan pengguna peranti pintar.



TIPS & ULASAN