Cari @ Amanz

Platform penstriman permainan video dicipta bagi membebaskan pengguna dari keperluan membeli perkakasan baharu dan membolehkan mereka menikmatinya pada pelbagai peranti. Antara platform yang telah dilancarkan ialah Google Stadia. Menurut laporan The New York Times, Amazon sedang membangunkan platform penstriman permainan video mereka sendiri bagi menandingi Stadia.

Pada waktu ini ia sedang dibangunkan menggunakan nama Project Tempo. Tidak seperti Stadia, permainan yang ditawarkan oleh Amazon kesemuanya dibangunkan sendiri oleh studio milik mereka. Permainan pertama yang akan dilancarkan ialah Crucible yang di dalam genre yang sama seperti Dota 2 dan League of Legend. Permainan dari pandangan ketiga ini diusahakan oleh Relentless Studios.

Sebuah lagi permainan yang sedang dibangunkan ialah New World yang bergenre MMO. Ia berkisar di dalam dunia kurun ke-17 dengan elemen fantasi. New World pula sedang dibangunkan oleh sebuah studio di Santa Monica.

Pada waktu masih tiada platform penstriman permainan video yang benar-benar berjaya kerana pelbagai kekangan teknologi. Stadia masih tidak stabil dan tiada permainan video yang benar-benar membuatkannya berbaloi. Microsoft xCloud akan hanya dilihat potensinya selepas konsol Xbox Series X dilancarkan. Tetapi pengalaman sepanjang tempoh PKP ini membuktikan terdapat potensi ini ialah masa depan permainan video bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk keluar dan membeli permainan dalam bentuk fizikal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd