Konfigurasi Cip Qualcomm Snapdragon 865+ Tertiris
Amy Maizuraa
Qualcomm kini dipercayai bakal muncul dengan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 865+. Meskipun belum diumumkan namun ia menjadi bualan hangat selepas markah penanda aras Samsung Galaxy Note 20+ 5G tertiris semalam menunjukkan ia menggunakan cip berkenaan. Terkini, konfigurasi CPU telahpun tertiris pula ke arena web.
Snapdragon 865+:
4 cores @ 1.8 GHz
3 cores @ 2.4 GHz
1 core @ 3.1 GHz— Max Weinbach (@MaxWinebach) April 2, 2020
Menuruts ciapan @MaxWeinbach, Snapdragon 865+ akan hadir hadir dengan lapan teras menggunakan konfigurasi 1+3+4 sama seperti Snapdragon 865. Satu teras utama pada kelajuan 3.1 GHz, tiga teras pada kelajuan 2.4 GHz dan empat teras pada 1.8 GHz. Ketiga-tiganya dijangka menggunakan Kryo 585 dengan sekadar kelajuan teras yang dipertingkatkan berbanding pada Snapdragon 865.Pada waktu ini Snapdragon 865 masih lagi cip paling berkuasa untuk peranti Android.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.