Carian
Apple Dilaporkan Akan Melancarkan Semula iPhone SE Minggu Ini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi
April 3, 2020 Effi Saharudin

Apple telah lama dilaporkan akan melancarkan iPhone model lebih mampu milik degan saiz skrin kecil bagi menggantikan iPhone SE yang dihentikan jualannya sejak 2018. Model baharu ini dipercayai akan dilancarkan sebagai iPhone 9 tetapi nampaknya kesemua telahan yang dilakukan salah kerana ia besar kemungkinan menggunakan semula nama iPhone SE.

Penggunaan semula nama peranti dari tahun 2016 ini disahkan sendiri pada lama rasmi Apple yang mula menjual pelindung skrin dari skrin untuk “iPhone SE”. Ini sedikit sebanyak mengesahkan laporan dari 9to5Mac hari ini yang turut mengatakan telefon pintar mampu milik Apple akan menggunakan nama iPhone SE.

Peranti ini akan menggunakan rekaan klasik iPhone 8, hadir dengan butang home fizikal bersama Touch ID terbina, menggunakan cip Apple A13 dan dijual pada harga bermula $399 (~RM1700) sebuah. Pelancaran peranti kompak berkuasa tinggi ini mungkin berlaku seawal minggu ini.

Kami tahu masih terdapat sebilangan peminat Apple yang lebih menggemari rekaan klasik iPhone berbanding rekaan yang diperkenalkan iPhone X. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah masih ada yang ingin iPhone dengan rekaan lama tetapi dengan pemproses iPhone 11?

Komen