Teknologi memori DDR5 dikatakan menjanjikan peningkatan prestasi yang jauh lebih tinggi berbanding dengan memori DDR4 yang digunakan sekarang. Melalui SK Hynix, ia nampaknya akan mula dibangunkan pada tahun ini.
Melalui spesifikasi yang diumumkan JEDEC, memori DDR5 bukan sahaja mempunyai kelajuan lebih pantas daripada DDR4, tetapi juga kapasiti yang lebih tinggi dan juga penggunaan kuasa yang lebih rendah.
Memori DDR5 akan mempunyai kelajuan asas 3200MHz, dan boleh ditingkatkan setinggi 8400MHz, dimana kapasiti storannya bermula dari 8Gb sehingga 64Gb. Dalam pada itu, ia juga menggunakan kuasa yang sedikit lebih rendah pada 1.1V, berbanding dengan 1.2V pada DDR4.
Selain dari itu, ciri Error Correcting Code (ECC) juga diperkenalkan terus pada semua memori DDR5 yang boleh mengesan dan mengurangkan ralat data, dan tidak hanya pada cip memori terpilih pada DDR4.
SK Hynix akan mula membangunkan memori DDR4 bermula tahun ini, tetapi mereka masih belum mengumumkan bilakah ia akan tiba untuk penggunaan umum.