Cari @ Amanz

Selain menguji kemampuan kamera peranti, DxOMark menguji kualiti audionya juga. Sedia maklum, Samsung Galaxy S20 Ultra merupakan peranti mercu terbaru Samsung yang menawarkan spesifikasi premium termasuk sokongan pembesar suara stereo. Pembesar suara ini ditempatkan pada dua tempat berbeza iaitu satu pada bahagian hadapan manakala satu lagi di bahagian bawah.

DxOMark telah menjalankan ujian audio ke atas peranti ini dan ia dilihat berjaya mencatatkan skor sebanyak 69 mata. Menariknya mengenai skor ini adalah ia menyaksikan Samsung Galaxy S20 Ultra mencatatkan mata yang sama seperti ROG Phone II yang mana juga dibekalkan dengan pembesar suara stereo.

Pada keupayaan keupayaan memainkan semula audio, Samsung Galaxy S20 Ultra mencatatkan skor sebanyak 71 mata, manakala keupayaan rakaman audio pula, peranti ini mendapat skor sebanyak 65 mata.

Ini meletakkan S20 Ultra di tangga keenam dalam senarai peranti dengan audio terbaik di belakang Xiaomi Mi 10 Pro, Huawei Mate 20X , Apple iPhone XS Max Apple iPhone 11 Pro Max dan Asus ROG Phone 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd