Android 11 Developer Preview 2.1 Diedarkan, Membaiki Lebih Banyak pepijat Termasuk Masalah WearOS

Android 11 Developer Preview 2.1 Diedarkan, Membaiki Lebih Banyak pepijat Termasuk Masalah WearOS

Diterbitkan pada Apr 3, 2020 oleh .

Android 11 Developer Preview adalah versi pembangunan versi Android baharu yang dikhususkan untuk para pembangun. Tetapi, pengguna biasa tidak dihalang untuk mencuba. Cuma pengguna perlu tahu yang memasang versi pembangunan mempunyai risiko yang tinggi. Tahun ini juga agak awal Google memperkenalkan Android 11, berbanding tahun lepas yang lebih lewat.

Terkini, Android 11 Developer Preview 2.1 telah diedarkan. Ia adalah versi kemaskini kepada Android 11 DP2 yang diperkenalkan pada bulan lepas. Dalam kemaskini ini, Google telah membaiki beberapa pepijat untuk membantu para pembangun lebih mudah membangunkan aplikasi atau versi Android 11 mereka tersendiri. Selain itu, masalah pada aplikasi WearOS yang kerap berhenti berfungsi dan masalah tetapan yang terus tutup dengan sendiri apabila mencari sesuatu pada bar carian turut dibaiki.

Imej sistem Android 11 DP2.1 ini sudah boleh dimuat turun untuk pengguna Pixel 4, Pixel 4 XL, Pixel 3a, Pixel 3a XL, Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 2, Pixel 2 XL, dan imej GSI juga sama. Menurut XDA, terdapat masalah jika memasang versi ini secara sideload, pengguna digalakkan tunggu OTA sahaja.

Muat Turun Fail Imej Android 11 DP2.1 Untuk Pixel Di Sini

Muat Turun Fail Imej Android 11 DP2.1 Untuk GSI Di Sini



TIPS & ULASAN