Redmi hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru, dan salah satunya adalah gelang tangan pintar mereka, iaitu Redmi Band.
Redmi Band merupakan gelang tangan pintar pertama dibawah jenama Redmi. Ia hadir dengan skrin berwarna 1.08-inci, port pengecasan terbina berasaskan USB-C, dan penawaran penggunaan bateri sehingga 14 hari lamanya. Ia turut menyertakan sensor denyutan nadi untuk memantau sejumlah aktiviti tambahan, termasuk corak tidur anda.
Redmi Band ini akan ditawarkan di China bermula minggu hadapan pada harga 99 Yuan, iaitu sekitar RM60. Ia tidak diketahui lagi bilakah gelang tangan pintar ini bakal ditawarkan untuk pasaran global.