Cari @ Amanz

OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro adalah antara peranti terbaik yang pernah kami gunakan di Amanz. Ia mempunyai prestasi yang baik, skrin yang hebat, sokongan kadar segar semula 90Hz dan juga menawarkan kemampuan kamera sudut ultra lebar yang baik. OnePlus 7T juga adalah peranti pertama di dunia yang terus hadir dengan Android 10 sebelum Pixel.

Terkini, OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro akhirnya telah menerima kemaskini tampalan sekuriti bulan Mac 2020. Kemaskini ini mengoptimasikam lagi pengurusan RAM, meningkatkan kestabilan sistem, aplikasi galeri yang boleh memainkan video gerak perlahan lebih baik, video dimainkan tanpa lengah masa dan membaiki masalah tangkapan skrin yang hilang secara tiba-tiba.

Bagi pengguna OnePlus 7T dan 7T Pro di Malaysia, anda boleh mula muat turun kemaskini ini secara automatik dan manual melalui pautan di bawah. Jika ingin menggunakan alternatif lain seperti Oxygen Updater, pastikan versi OxygenOS yang dipilih adalah sama yang anda gunakan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd