Cari @ Amanz

Google Chrome kini telah menjadi salah satu pelayar web popular yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Melaluinya, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk kemudahan untuk melihat sejarah pelayaran web dan sebagainya.

Terbaru, melalui kod pembangunan awal di Chromium, ia dilihat Google kelak akan membolehkan pengguna melihat sejarah tontonan yang khusus untuk media.

Dengan ini, pengguna boleh melihat pelbagai kandungan media seperti video dan audio yang dimainkan melalui pelayar web berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan. Seperti sejarah pelayaran web, ciri ini juga mungkin membolehkan pengguna memadam sejarah tontonan mereka dengan mudah.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut ciri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd