Carian
Samsung & Kvatdrat Bekerjasama Menghasilkan Aksesori Mesra Alam
April 3, 2020 Amy Maizuraa

Samsung cukup terkenal sebagai sebuah jenama yang berinovasi dengan teknologi terkini dalam usaha membantu memudahkan urusan harian pengguna. Dengan produk Samsung juga, ia meyakinkan pengguna bahawa mereka telah memilih produk yang mesra alam. Sebagai langkah menyokong usaha menjaga alam semula jadi ke arah lebih positif, Samsung kini bekerjasama dengan sebuah jenama tekstil premium dari Denmark iaitu Kvadrat. Hasil kerjasama ini, mereka telah memperkenalkan aksesori untuk Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy Watch Active2.

Aksesori pertama adalah kerangka pelindung Samsung Galaxy S20+ yang diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semua. Botol diproses menjadi bebenang tekstil dengan menggunakan kaedah Upcycling yang juga dikenali sebagai penggunaan semula secara kreatif. Menurut mereka, satu botol plastik yang dikitar semula boleh menghasilkan dua kerangka pelindung untuk Samsung Galaxy S20+.

Aksesori kedua adalah tali jam untuk Galaxy Watch Active2. Ia juga dihasilkan dari tekstil isitmewa oleh Kvatdrat.

Buat masa ini, harga dan tarikh jualan untuk kedua-dua aksesori ini masih belum diumumkan. Apa pendapat anda mengenai aksesori ini? Adakah anda ingin beli jika ia dijual di Malaysia?

Komen