Cari @ Amanz

Siri Motorola Moto G8 mula diperkenalkan tahun lepas melalui model Moto G8 Play dan G8 Plus. Bulan lepas, Moto G8 Power pula telah dilancarkan. Motorola sejak kebelakangan ini dilihat hanya melancarkan peranti kelas permulaan dan pertengahan sahaja. Mereka mungkin masih belum bersedia melancarkan peranti mercu seperti Edge+ yang tertiris sebelum ini.

Terkini, Motorola telah melancarkan peranti kelas permulaan asas baharu dalam siri Moto G8 – iaitu Moto G8 Power Lite. Ia menggunakan skrin 6.5″ HD+, dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P35 dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Peranti ini memuatkan tiga lensa sebagai kamera utama, iaitu 16MP + 2MP makro + 2MP sensor kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 8MP.

Bateri yang dimuatkan adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan asas 10W melalui microUSB. Ia juga menyertakan port bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari fizikal tradisional pada logo di belakang. Sistem operasi adalah Android 9.0 Pie.

Teknologi skrin yang digunakan adalah Max Vision, mungkin untuk pengalaman menonton video yang baik. Di laman web Motorola, peranti ini dikatakan boleh bertahan selama 19 jam untuk tontonan video. Peranti ini dijual pada harga 169€, iaitu sekitar RM796.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd