Xiaomi Melancarkan Mi Elegant Mouse Metallic Edition – Tetikus Nirwayar Premium Mampu Milik

Xiaomi Melancarkan Mi Elegant Mouse Metallic Edition – Tetikus Nirwayar Premium Mampu Milik

Diterbitkan pada Apr 4, 2020 oleh .

Xiaomi jika anda tidak tahu, turut mempunyai pelbagai barisan produk dalam kategori komputer. Dari paparan, komputer riba, papan kekunci dan pelbagai aksesori lain. Antara senarai-senarai produk mereka ini, terdapat pelbagai jenis tetikus juga yang Xiaomi jual. Terkini, mereka telah hadir dengan Mi Elegant Mouse Metallic Edition.

Rekaan tetikus baru ini mirip dengan Mi Wireless Mouse 2 yang pernah dijual sebelum ini. Bukan itu sahaja, bahan dan kemasan yang digunakan pada tetikus ini juga dijamin tahan lama dan tidak akan menangkap kotoran cap jari. Dengan rekaan seperti ini, ia kekal memperlihatkan sebuah tetikus yang premium. Tetikus ini adalah tetikus nirwayar yang menggunakan USB atau Bluetooth. Sensor pada tapak tetikus adalah fotoelektrik yang memberi DPI sehingga 1000 untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Tetikus ini juga menyokong pelbagai platform seperti Android, Windows dan MacOS. Malah iPad yang menjalankan iPadOS 13.4 ke atas turut boleh menggunakan tetikus ini. Bateri yang digunakan adalah jenis AA dan mampu bertahan selama 12 jam USB dan 9 jam Bluetooth. Tetikus ini dijual pada harga RMB99, iaitu sekitar RM61 sahaja.



TIPS & ULASAN