Televisyen-televisyen yang Xiaomi jual semuanya adalah harga mampu milik jika kita bandingkan dengan televisyen dari jenama pesaing. Setiap televisyen dari Xiaomi atau Redmi juga adalah televisyen pintar, menyokong pelbagai format paparan, mempunyai kualiti audio yang hebat dan rekaan yang premium. Sayangnya, ia tidak dijual di Malaysia.
Terkini, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Full Screen TV Pro 75 Inci. Seperti namanya sendiri, televisyen ini direka dengan rekaan skrin penuh atau nirbingkai dan bersaiz sehingga 75-inci. Nisbah skrin-ke-badan adalah 97% dengan bezel yang amat nipis dan kerangkanya dibina dari aluminium. Cip empat-teras 1.9GHz digunakan pada televisyen ini dan dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman3 2GB. Seperti televisyen Xiaomi lain, ia turut menjalankan sistem operasi PatchWall. Resolusi televisyen ini adalah 4K dan mampu memainkan kandungan 8K. Untuk audio ia menggunakan sistem dari Dolby. Televisyen ini turut menyokong arahan suara XiaoAi dan boleh ditambal dengan peranti berhubung lain. Ia dijual pada harga RMB 5,999, iaitu sekitar RM3686.
Seterusnya adalah televisyen kelas pertengahan Xiaomi, Mi TV 4A. Kali ini, Xiaomi telah hadir dengan variasi 60-inci pula. Ia menggunakan panel skrin LCD dengan resolusi 4K dan turut mempunyai rekaan bezel yang nipis. Televisyen ini dijana dengan cip amlogic dan dipadankan dengan memori 2GB RAM dan storan dalam 16GB. Ia juga menjalankan sistem operasi PatchWall dengan sokongan sistem audio Dolby, DTS-HD, arahan suara XiaoAi. Ia dijual pada harga lebih mampu milik iaitu RMB 1,999, ia adalah sekitar RM1228.