Syarikat Telekomunikasi Berusaha Menambah-Baik Capaian Internet Yang Didakwa Perlahan Di Kawasan Perumahan

Syarikat Telekomunikasi Berusaha Menambah-Baik Capaian Internet Yang Didakwa Perlahan Di Kawasan Perumahan

Diterbitkan pada Apr 4, 2020 oleh .

Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuat-kuasa sejak daripada 18 Mac 2020 yang lepas, dan dijangka akan ditamatkan seawal 14 April 2020 kelak. Salah satu perkara yang sering diadu oleh pengguna sepanjang tempoh ini adalah berkaitan dengan capaian internet yang diperkatakan perlahan.

Bercakap mengenainya, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan syarikat telekomunikasi sedang berusaha menambah-baik capaian internet yang dikatakan perlahan dikawasan perumahan.

Sebelum ini, ramai pengguna mengadu berkenaan dengan masalah capaian internet yang dikatakan agak perlahan berbanding kebiasaan – terutamanya yang melibatkan jalur lebar talian tetap.

Bagi anda sendiri, bagaimanakah capaian internet di kawasan perumahan anda? Adakah perlahan, atau menawarkan kelajuan pelayaran seperti biasa?



TIPS & ULASAN