Samsung Mungkin Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar Baru Menggunakan Rekaan Umpama “Kacang”

Samsung Mungkin Hadir Dengan Fon Telinga Nirwayar Baru Menggunakan Rekaan Umpama “Kacang”

Diterbitkan pada Apr 5, 2020 oleh .

Samsung pada hari ini telah sedia menawarkan dua variasi fon telinga nirwayar dibawah siri Galaxy, iaitu Galaxy Buds dan juga Galaxy Buds+. Selain daripada itu, mereka turut mempunyai penawaran dibawah siri AKG.

Samsung Galaxy Kacang

Selain daripadanya, kini Samsung turut dilihat sedang membangunkan sebuah lagi fon telinga nirwayar – dan menariknya ia membawakan rekaan seumpama “kacang”. Rekaan baru ini dikongsikan oleh WinFuture, dikatakan mungkin menawarkan kualiti audio yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia juga turut dijangka menyertakan sokongan mikrofon untuk memudahkan anda membuat panggilan suara dengan mudah.

Info penuh berkaitan spesifikasi dan penawaran yang akan dibawakan masih tidak diketahui lagi. Sekiranya semua pembangunan berjalan lancar, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.



TIPS & ULASAN