Aplikasi Camera Controller Yang Mengawal Kamera Menggunakan Jam Kini Disokong Galaxy S20

Aplikasi Camera Controller Yang Mengawal Kamera Menggunakan Jam Kini Disokong Galaxy S20

Diterbitkan pada Apr 6, 2020 oleh .

Dengan peranti semakin pintar, sistem audio dan video boleh dikawal menggunakan aplikasi sahaja. Camera Controller diperkenalkan oleh Samsung tahun lalu untuk mengawal aplikasi kamera menggunakan jam tangan pintar keluaran mereka. Aplikasi ini telah dikemaskini anda akhirnya boleh digunakan pengguna ketiga-tiga model Galaxy S20.

Samsung Galaxy S20Selain itu, ia juga membolehkan pengguna mengawal pelbagai aplikasi kamera lain seperti mod Instagram, menetapkan pemasa, menukar kamera hadapan serta belakang dan banyak lagi dengan hanya menatal pada tetapan jam pintar. Ia nampaknya bukan sahaja menarik dan memudahkan pengguna, malah dapat memberi pengalaman baharu lebih hebat kepada pengguna.

Peranti yang boleh dikawal aplikasi kameranya oleh Camera Controller ialah siri Samsung Galaxy S20, siri Galaxy S10, Note 10 dan Galaxy Fold Senarai jam tangan pintar yang disokong pula ialah Samsung Galaxy Watch, Galaxy Watch Active dan Galaxy Watch Active2.

Muat turun aplikasi Camera Controller dari Galaxy Store



TIPS & ULASAN