Carian
Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkembang 32% Sepanjang 2019 – Spotify Di Tangga Pertama
April 6, 2020 Amy Maizuraa

Penstriman muzik mengubah landskap industri muzik. Dari sudut positif ia memudahkan pengguna mengakses muzik kegemaran dimana-mana sahaja tanpa perlu mencetak rompak seperti sedekad yang lalu. Menurut laporan dari Counterpoint, pada tahu 2019 pasaran perkhidmatan penstriman muzik berbayar meningkat 32% berbanding 2018 dan kini mempunyai 358 juta pengguna.

Spotify ialah syarikat dengan pegangan pasaran pengguna penstriman berbayar terbesar 35% diikuti oleh Apple Music (19%), Amazon Music (15%), Tencent Music (11%) dan YouTube Music (6%). Adalah menarik melihat YouTube Music di tangga ke lima walaupun mereka syarikat yang mendapat sokongan Google dan Tidak pula langsung tidak tersenarai.

Counterpoint percaya trend ini akan berterusan sepanjang tahun ini dan peratusan pengguna aplikasi penstriman muzik akan meningkat lebih tinggi disebabkan oleh wabak COVID-19. Sekiranya ramalan itu benar, jumlah pelanggan berbayar di seluruh dunia akan meningkat melebihi 450 juta.

Komen