Microsoft Edge Kini Pelayar Web Kedua Paling Popular Di Dunia – Melangkaui Firefox

Microsoft Edge Kini Pelayar Web Kedua Paling Popular Di Dunia – Melangkaui Firefox

Diterbitkan pada Apr 6, 2020 oleh .

Diantara jenaka yang sering diperkatakan mengenai pelayar-pelayar web keluaran Microsoft ialah ia hanya akan digunakan sekali untuk memuat-turun pelayar web yang lain seperti Google Chrome ataupun Mozilla Firefox.

Beberapa bulan yang lalu, Microsoft telah melancarkan pelayar web Edge yang menggunakan enjin pelayar Chromium, iaitu teknologi sama yang digunakan oleh Google Chrome.

Menurut laporan NetMarketShare, Edge Chromium kini mempunyai 7.6 peratus pasaran penggunaan pelayar web global, menempatkannya di tempat kedua di hadapan Mozilla Firefox, yang kini mempunyai 7.2 peratus pasaran pengguna. Pelayar Google Chrome pula masih lagi mendahului kesemua pelayar web dengan 68.5 peratus pasaran pengguna.

Peningkatan penggunaan pelayar web Edge baru dilaporkan semakin meningkat kerana ia bukan sahaja boleh diklasifikasikan sebagai pelayar terbina oleh Microsoft, ia juga memudahkan pengguna untuk memuat-turun dan menggunakan pemalam yang sudahpun dibina menggunakan platform Chromium.

Adakah anda menggunakan pelayar web Edge yang baru? Ataupun adakah anda mempunyai pelayar kegemaran anda sendiri?



TIPS & ULASAN