Carian
Digi Menawarkan Insurans Covid-19 Percuma Untuk 200,000 Pelanggan Pertama
April 6, 2020 Aman

Digi kini hadir dengan penawaran berupa insurans percuma untuk 200,000 pelanggan pertama, menawarkan pelan perlindungan khas untuk Covid-19.

Digi Insurans

Melalui pelan perlindungan percuma ini, ia menawarkan perlindungan jangka masa pendek bagi pelanggan yang mungkin perlu berada di hospital atau perlukan rawatan berkaitan Covid-19. Digi bekerjasama dengan Gibraltar BSN untuk menawarkan pelan insurans ini.

Bagi 200,000 pelanggan pertama, Digi menawarkan perlindungan secara percuma selama 30 hari, dimana ia meliputi manfaat tunai hospital berjumlah RM60 sehari untuk penghospitalan, dan juga manfaat kematian berjumlah RM20,000.

Bagi anda yang berumur antara 18 hingga 60 tahun, boleh rujuk laman rasmi EasyAdd untuk melihat penawaran ini, dan mendapatkan pakej ini secara percuma bermula hari ini. Pastikan anda baca terlebih dahulu syarat dan penawaran yang ditawarkan sebelum memohon insurans percuma ini.

Komen