LG Dijangka Memperkenalkan Siri Telefon Mercu Baru Pada 15 Mei 2020
LG

LG Dijangka Memperkenalkan Siri Telefon Mercu Baru Pada 15 Mei 2020

Diterbitkan pada Apr 6, 2020 oleh .

LG sebelum ini telah diperkatakan telah menamatkan siri telefon mercu mereka sebelum ini, iaitu siri-G – sekaligus memfokuskan kepada siri baru dengan rekaan yang lebih menarik. Selari dengannya, kini laporan baru hadir mengatakan LG bakal memperkenalkan siri peranti baru pada 15 Mei kelak.

Siri baru ini bakal menggantikan siri-G sebelum ini. Peranti siri baru ini dijangka menyertakan sokongan rangkaian 5G melalui penggunaan cip pemprosesan siri Snapdragon 7xx.

Buat masa ini, ciri baru lain yang akan disertakan pada siri ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran baru ini dalam beberapa minggu akan datang.



TIPS & ULASAN