Redmi : Telefon 5G Menggunakan Tenaga Lebih 20% Berbanding Telefon 4G

Redmi : Telefon 5G Menggunakan Tenaga Lebih 20% Berbanding Telefon 4G

Diterbitkan pada Apr 6, 2020 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar telah hadir dengan telefon 5G masing-masing. Tidak ketinggalan adalah pihak Redmi sendiri telah hadir dengan Redmi K30 Pro yang menawarkan sokongan rangkaian 5G.

Berkongsi lanjut mengenai pembangunan produk dan penawaran bateri, GM Redmi, Lu Weibing berkongsi lanjut mengenai pembangunan produk mereka.

Redmi 5G Komen

Bercakap mengenainya, beliau mengatakan siri cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8xx menggunakan tenaga 20% lebih tinggi berbanding dengan cip dibawah siri Snapdragon 7xx.

Pada masa yang sama, penggunaan tenaga pada telefon 5G dikatakan adalah 20% lebih tinggi berbanding telefon 4G.

Perkara ini mungkin telah dijangka oleh ramai pihak. Kebiasaannya, cip pemprosesan generasi awal tidak dioptimasikan sepenuhnya, dan mungkin menggunakan tenaga lebih tinggi berbanding kebiasaan. Mungkin dari hari ke hari, kita akan melihat pengoptimasian lebih baik, sekaligus menawarkan penggunaan tenaga bateri yang lebih jimat berbanding pada hari ini.



TIPS & ULASAN