Cari @ Amanz

Selain Vivo V17, Vivo Y50 turut diumumkan pihak Vivo hari ini di Kemboja. Ia adalah peranti kelas pertengahan rendah yang dilengkapi skrin 6,53″ IPS LCD, dijana cip Snapragon 665, memori sebesar 8GB dan storan sehingga 128GB. Penggunaan Snapdargon 665 pada sebuah peranti baharu adalah sedikit mengejutkan kerana ia adalah cip yang sudah agak berusia.

Melengkapi spesifikasi ialah kuad-kamera utama ialah sensor 13MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar, 2MP potret dan 2MP kedalaman. Sazi sensor kamera swafoton tidak diumumkkan tetap diletakkan di dalam lubang kamera yang kecil.

Bateri sebesar 5000 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas tetapi butiran mengenai kuasanya tidak dikongsi. Pengimbas cap jari fizikal diletakkan pula pada bahagia belakang. Peranti akan mula dijual 11 April ini pada harga $249 (~RM1086).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd