Realme TV Mungkin Akan Hadir Dengan Skrin 43-Inci

Realme TV Mungkin Akan Hadir Dengan Skrin 43-Inci

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Pada bulan Februari lalu, wakil Realme Perancis telah mengicau yang mereka akan melancarkan sesuatu berkaitan dengan televisyen di acara MWC 2020. Namun disebabkan acara ini telah dibatalkan, berita mengenai televisyen ini terus senyap.

Terkini produk televisyen Realme telah tersenarai di Bureau of Industry and Security (BIS). Dalam senarai ini ia memperlihatkan nama produk Realme TV 43. Kebiasaannya nombor di belakang mewakili saiz skrin televisyen tersebut. Selain itu, hanya nombor model sahaja diperlihatkan – JSC55LSQL. Tiada informasi lain mengenai produk ini, seperti jenis panel, spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran.

Disebabkan Realme terkenal dengan produk yang dijual pada harga mampu milik, ia mungkin akan bersaing dengan Redmi TV. Sejak tahun lepas, sudah menjadi kebiasaan pengeluar telefon pintar hadir dengan televisyen mereka tersendiri. OnePlus, iaitu syarikat yang di bawah naungan BBK Electronics yang sama sahaja dengan Realme turut melancarkan televisyen mereka.



TIPS & ULASAN