Google News Kini Mempunyai Bahagian Khas Mengenai Covid-19

Google News Kini Mempunyai Bahagian Khas Mengenai Covid-19

Diterbitkan pada Apr 7, 2020 oleh .

Google News adalah aplikasi berita tersendiri dari Google. Ia adalah percuma untuk digunakan dan memaparkan berita tempatan dan juga dari seluruh dunia. Isu besar dunia sekarang adalah wabak koronavirus Covid-19. Banyak negara yang terkesan dari wabak ini dan kerajaan-kerajaan setiap negara mengeluarkan perintah berkurung atau seperti di Malaysia Perintah Kawalan Pergerakan.

Terkini Google News telah dikemaskini dengan bahagian khas untuk berita mengenai Covid-19. Ia boleh diakses dari pelbagai platform seperti laman web, aplikasi Android dan iOS serta aplikasi Google Podcast. Untuk Google News, anda boleh klik ke pautan ini untuk baca di pelayat web. Manakala pada aplikasi, ia akan terpapar dalam kategori Latest dan akan ada ruangan khas Covid-19 mengumpulkan berita tempatan, berita dunia dan berita 10 negara asing.

Pengguna turut boleh mengakses berita-berita ini dengan bertanyakan pada Google Assistant “what’s the latest news on coronavirus”. Google akan paparkan pelbagai informasi dan berita berkenaan dengan wabak koronavirus ini. Pada aplikasi Google Podcast pula, di bahagian For You kini memaparkan beberapa saluran berita yang boleh anda ikuti untuk menerima berita terkini mengenai wabak virus ini.

Kemaskini ini pada aplikasi Google News dilihat diberikan dari bahagian pelayan. Kerana saya sudah muat turun yang terkini, ia tidak kelihatan pada peranti Galaxy Z Flip saya. Google Podcast dan Google Assistant walau bagaimanapun, tiada masalah untuk paparkan berita ini.

Muat Turun Aplikasi Google News Di App Store

Muat Turun Aplikasi Google Podcast Di App Store

Muat Turun Aplikasi Google News Di Play Store

Muat Turun Aplikasi Google Podcast Di Play Store



TIPS & ULASAN