Cari @ Amanz

Huawei MateBook X Pro adalah komputer riba premium dari Huawei. Beberapa bulan lepas, mereka telah mengemaskini komputer riba ini untuk keluaran 2020. Ia hadir dengan skrin 13.9-inci nirbingkai, menawarkan resolusi 3000×2000 dengan sokongan skrin sentuh, serta kini menyertakan pilihan berwarna hijau. Model baru turut hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-10, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan dilengkapi sokongan kad grafik NVIDIA MX250.

Akhirnya, imej pengolokan penuh Huawei Matebook X Pro 2020 dalam warna hijau atau nama rasminya adalah Emerald Green diperlihatkan. Walau bagaimanapun, warna ini masih tidak pasti sama ada ia akan dilancarkan di Malaysia atau terhad di pasaran China sahaja. Semasa acara pelancaran di Barcelona bulan Februari lepas, hanya warna Space Gray dan Silver sahaja diperlihatkan. Warna hijau ini dikatakan akan dilancarkan pada 8 April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd